Latar Belakang
Steven Paul Jobs atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs ini lahir di San Francisco California, Amerika Syarikat pada 24 Februari 1955. Merupakan perantis dan mantan CEO Apple Inc. Beliau juga merupakan pegawai eksekutif Pixar Studios.#Steven Paul JobsSteve Jobs merupakan anak angkat kepada pasangan Paul dan Clara Jobs. Ayah kandung Steve Jobs adalah Abdulfattah Jandali, berkebangsaan Republik Arab Suriah dan ibunya Joanne Simpson, seorang warganegara Amerika Serikat.Steve Jobs ke India untuk mengunjungi Neem Karoli Baba di Kainchi Ashram-nya bersama seorang teman dari Reed College (yang kelak menjadi karyawan Apple pertama), Daniel Kottke, untuk mencari kebenaran spiritual spiritual. Ia pulang dalam keadaan menganut agama Buddha dengan kepala tercukur dan mengenakan pakaian tradisional India.Jobs kembali ke pekerjaan sebelumnya di Atari dan diberikan tugas menciptakan motherboard untuk permainan Breakout. Menurut pendiri Atari Nolan Bushnell, Atari menawarkan $100 untuk setiap chip yang dihapuskan di mesin ini. Jobs punya sedikit ketertarikan atau pengetahuan dalam rekabentuk papan sirkuit dan membuat persetujuan dengan Wozniak untuk membagi bonusnya sama rata jika Wozniak mampu meminimalkan jumlah chip. Atari sangat terkejut karena Wozniak mengurangi jumlah chip sebanyak 50 buah, sebuah desain yang sangat ketat sampai-sampai mustahil untuk menciptakannya kembali di jalur perakitan. Pada waktu itu, Jobs memberitahu Wozniak bahwa Atari hanya memberi mereka $700 (bukannya $5000) dan Wozniak pun mendapat bagian $350.
Kucing Hitam Blog
Wednesday, 13 November 2013
Steve Jobs : Idea diluar batasan.
Monday, 14 October 2013
Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi : Usahawan Teladan
Latar Belakang
#Sulaiman Abdul Aziz Ar Rajhi
Sheikh Sulaiman bin Abdul-Aziz Al-Rajhi dilahirkan pada tahun 1920 dan
membesar di gurun Nejd sekaligus menjadi tempat permulaan beliau bersama
abangnya memulakan perniagaan pertukaran wang untuk jemaah haji yang menaiki
kereta unta melalui gurun ke Mekah dan Madinah. Beliau giat berniaga semenjak kanak-kanak lagi, bekerja sebagai kuli dan penjual kayu bakar seakan-akan membakar semangat beliau untuk mengharungi dugaan yang melanda. Berkat usaha gigih dan tawakal kepada Allah SWT, Sulaiman Ar-Rajhi merupakan
individu yang memegang saham terbesar dalam bank Ar-Rajhi yang dikhabarkan
menjadi bank yang paling banyak memperoleh keuntungan operasi diantara kumpulan
bank yang ada di Saudi Arabia. Bersama abang beliau, Saleh menubuhkan bank
Ar-Rajhi. Ar Rajhi telah menerajui kepimpinan bank Ar Rajhi sehingga menjadi syarikat perbankan Islam terbesar di Saudi Arabia dan diperingkat antarabangsa. Sehingga tahun 2011, beliau menduduki carta ke-120 orang terkaya didunia dengan kekayaan $ 7.7 bilion.
Perniagaan Ar-Rajhi semakin berkembang apabila tanah Arab kedatangan
pekerja asing dalam jumlah yang banyak semasa tahun 1970 yang juga dikenali
sebagai Saudi Arabia Oil Boom.
Ar-Rajhi menyediakan perkhidmatan penghantaran wang kepada pekerja asing
daripada Indonesia dan Pakistan.
Bank Ar-Rajhi mendapatkan anugerah sebagai bank yang pertama mengharamkan
sistem riba. Namun pada tahun 2012, Sulaiman Ar-Rajhi memilih untuk hidup dalam
keadaan miskin. Keadaan tersebut bermula apabila
beliau memindahkan kesemua aset yang dimilikinya kepada anak-anak beliau dan
memindahkan aset-aset yang tersisa. Bagi menghargai jasa beliau dalam dunia
Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha
yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk
menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam. Walaupun begitu, beliau tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliknya. Beliau juga sentiasa berpakaian sederhana dengan mengenakan jubah putih.
Permulaan yang Penuh Perjuangan
#Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Keperibadian Mulia
Ar Rajhi merupakan usahawan yang dermawan dan memiliki yayasan amal yang menyalurkan dana sumbangan ke pelbagai negara. Dikatakan juga terlalu sukar untuk menghitung wakaf dan jumlah masjid yang dibangunkan kerana sumbangan beliau terdapat dalam pelbagai bentuk. Antara masjid yang didirikan oleh beliau adalah masjid di Rabwah yang mampu menampung 18 ribu jemaah sekaligus lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium, pusat pemandian dan pengurusan jenazah terbesar di Riyadh. Walaupun kekayaan beliau mencecah angka bilion dolar, Ar-Rajhi tidak meletakkan harta yang pertama dalam hatinya,sebagi seorang philanthropy telah membahagikan hartanya yang bernilai 6.7 trilion kepada keluarga kerabat dan ahli warisnya serta fakir miskin. Lebih mengejutkan apabila Ar Rajhi hanya memiliki pakaian yang dipakainya sebagai sisa harta yang tertinggal. Segala aset dan bisnes beliau diuruskan oleh golongan profesional dan hasil yang diperoleh digunakan untuk perkembangan dakwah Islam. Jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau juga turut kagum apabila Ar Rajhi sentiasa solat berjamaah di masjid dan antara jemaah yang datang awal.
#Masjid Ar Rajhi, Riyadh.
Ar Rajhi juga usahawan yang patut dijadikan teladan, penganalisis masalah yang tidak hanya mengkritik tetapi juga berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Antaranya beliau telah menyedari pada zamannya dulu idak wujud bank Islam, beliau berusaha gigih untuk menubuhkan bank Islam yang pertama. Selain itu, beliau juga amat menitikberatkan hukum Islam dalam kehidupan seharian, contohnya apabila beliau melihat proses penyembelihan yang tidak sempurnya, beliau menubuhkan Al Watania Poultry bagi menguruskan haiwan sembelihan untuk diproses secara sempurna dari sudut Islami dan kesihatan. Selain itu, Al Watania juga mempunyai cawangan dalam bidang pertanian, Al Watania Agricultural yang berfungsi menguruskan tanaman sayur-sayuran secara organik supaya peguna bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Pelancaran Bank Ar Rajhi di Malaysia.
Sunday, 13 October 2013
Robert Kiyosaki ; Antara Dua Ayah
Latar Belakang Keluarga Pendidik
Robert Kiyosaki lahir pada 8 April 1947 dan membesar di Hawaii. Beliau
berasal daripada keluarga pendidik yang terkenal. Ayah Robert merupakan
pengarah pendidikan Negara bagi kawasan Hawaii, Ralph H. Kiyosaki. Setelah
tamat sekolah menengah dari Hilo High School, beliau melanjutkan pelajaran di
US Marine Academy di New York dan lulus pada tahun 1969. Selanjutnya, Robert
bertugas sebagai pilot helikopter tempur semasa perang Vietnam sehingga beliau
memperoleh anugerah medal angkatan udara.
Pada tahun 1974, Robert telah membuat keputusan yang memeranjatkan ayahnya
dengan keluar dari angkatan udara, dengan gaji yang begitu lumayan serta cuti
tahunan dan bonus melebihi daripada apa yang dijangkakan ayahnya, Ralph
Kiyosaki berasa terkilan. Walaubagaimana pun, pilihan yang dibuat oleh Robert merupakan
titik permulaan beliau dalam bidang perniagaan.
Titik Perubahan
#Robert & Kim Kiyosaki
1974, Robert telah bekerja sebagi jurujual mesin
fotostat yang dikelaurakan oleh Xerox Company. Pada tahun 1977, Robert
memulakan perniagaan dengan menjual beg dompet yang diperbuat daripada nilon
dan velkro yang pertama kali diperkenalkan dalam pasaran. Pada awalnya dompet
nilon velkro ini mendapat sambutan amat memberangsangkan sehingga mendapat
perhatian disudut majalah Runner’s World, Gentemen Quaterly, Success Magazine,
Newsweek dan Playboy. Namun, perniagaan yang ditubuhkan oleh Robert ini telah
muflis.
- Bangun Daripada Kegagalan
Sebelum mecapai kejayaan, Robert dan isterinya Kim hidup dalam keadaan yang
sangat miskin. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, wang simpanan yang begitu
sedikit, pekerjaan yang dilakukan juga tidak dapat memenuhi keperluan hidup
memnyebabkan mereka tinggal didalam sebuah kereta Toyota berwarna coklat yang
usang. Walaupun pada masa itu terdapat pekerjaan sebagai pegawai dengan gaji
yang lumayan serta lebih terjamin, Robert dan Kim tidak tertarik dengan semua
itu melainkan mereka tetap bekerja dengan upah beberapa dolar setiap hari untuk
meneruskan kehidupan yang berada diambang kehancuran.
Robert dan Kim mempunyai latar pendidikan yang begitu baik daripada
perguruan tinggi, dengan keterampilan kerja yang bagus serta etika yang kuat
amatlah mudah bagi mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai pegawai kerajaan. 1989
merupakan tahun yang telah membawa mereka bertukar status mejadi juatawan,
meskipun dari pandangan kaca mata orang lain mereka telah mencapai kejayaan
yang begitu besar, namun mereka masih belum puas atas apa yang mereka telah
perolehi, iaitu memperoleh kebabasan secara finansial. Akhirnya masa telah menjawab
segala usaha yang telah mereka lakukan selama ini, pada tahun 1997 Robert dan
isterinya, Kim telah mencapai kebebasan finansial.
Pada awal
tahun 80-an, Robert memulakan perniagaan T-Shirt untuk band Heavy Metal secara
berlesen, dan sekitar tahun 1996-1997 beliau menubuhkan Cashflow Technologies
Inc dan nama beliau turut memuncak naik dalam dunia perniagaan melalui buku
yang Rich Dad Poor Dad.
- Sudut Pemikiran Melalui Cashflow Quadrant.
Robert Kiyosaki sering menekankan konsep “celik
kewangan” sebagai alat untuk memperoleh kekayaan. Beliau berpendapat bahawa soft skill dapat diperoleh melalui
pengalaman dan pengajaran tersebut sememangnya tidak diajarkan semasa bangku
sekolah. Cashflow Quadrant bertujuan
memberikan gambaran tentang cara bagaimana semua wang dapat diperoleh melalui
sumber-sumber yang telah dikenalpasti.
Terdapat empat bahagian pada Cashflow
Quadrant, iaitu :
- E : Employee atau tenaga kerja yang bekerja untuk orang lain.
- S : Self-employed atau tenaga kerja professional seperti peguam, dokter, arkitek. Dapat disimpulkan bahawa “S” mempunayai kepakaran setara atau lebih tinggi daripada “E”.
- B : Business Owner merupakan pemilik perniagaan besar atau memimpin sesebuah perniagaan. Melalui “B”, mereka memiliki sistem untuk menghasilkan wang, bukan bekerja untuk memperoleh wang.
- I : Investor : Melaburkan wang pada sesebuah bidang yang dapat menghasilkan pendapatan yang besar.
Melalui Cashflow, terdapat aliran tunai yang dibahagiakan kepada tiga golongan,
iaitu miskin, pertengahan, dan kaya.
- Cashflow golongan bawahan (miskin)
3. Cashflow Golongan Atasan (Kaya)
Permainan Cashflow
Penulis yang Hebat
Rich Dad Poor Dad antara buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sehingga telah dicetak lebih daripada 14 kali sejak cetakan pertamanya. Buku yang mengupas masalah kewangan yang dihadapi kebanyakan orang disebabkan mereka keliru tentang pengurusan kewangan yang dialami oleh beliau semasa kecil sehingga remaja. Ayah miskin yang dimaksudkan oleh Robert sebenarnya adalah ayah kandungnya sendiri dan ayah kaya merupakan ayah kepada kawannya, Mike. Ayah kandung Robert menekankan pendidikan kepadanya kerana beliau berpendapat dengan markah dan gred yang baik akan memberikan jaminan pekerjaan apabila Robert telah dewasa kelak.
Boleh dikatakan, ayah kandung Robert mahukan Robert memperoleh pekerjaan sebagai seorang pegawai dengan gaji yang tinggi namun bergantung seumur hidup kepada satu pendapatan utama sahaja, melalui gaji yang diperoleh. Sungguh berbeza dengan ayah yang kaya tetapi tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi namun mengajarkan anak-anaknya untuk mengambil risiko dalam menubuhkan sesebuah periagaan dan menjadi pelabur apabila mereka telah tamat sekolah kelak. Kedua-dua ayah Robert telah memberikan pengajaran yang penting dalam hidupnya dalam membuat perbandingan dalam menempuh kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan. Robert berjaya secara finansial kerana ayah yang kaya dan kerana ayah kandungnya yang bekerja sebagai pendidik, Robert telah menjadi pengajar kepada semua orang tentang pendidikan ekonomi yang dihasilkan melalui ideanya sendiri. Buku Rich Dad Poor Dad telah diterjemahkan kedalam 35 bahasa.Selain Rich Dad Poor Dad, terdapat buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sendiri. Antaranya :
- Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000)
- Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not! (2000)
- Rich Kid, Smart Kid (2001)
- Rich Dad's Prophecy (2002)
- If You Want to be Rich & Happy, Don't go to School (1992)
- The Business School for
People Who Like Helping People (2001).
Subscribe to:
Posts (Atom)